Monday 16 June 2014

Apa itu Cycle Play?



Di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua berkaitan dengan "Cycle Play". Selamat membaca. :)


 CYCLE PLAYS
Liturgical drama adalah sebuah genre drama yang dihasilkan di dalam gereja manakala ‘mystery play’ pula adalah dihasilkan melalui teknik produksi yang berbeza di seluruh Eropah. ‘Mystery Play’ dihasilkan oleh persatuan persatuan yang dikenali sebagai ‘confraternity’. Sebagai contoh di Utara England misalnya, kebanyakkan  ini dihasilkan oleh persatuan-persatuan yang ternama. Sebagai contoh pementasan untuk drama ‘The Last Supper’ . Pementasan tersebut dipersembahkan oleh persatuan-persatuan pembuat roti kerana roti merupakan sejenis makanan yang dihidangkan kepada Jesus Christ, manakala watak Noah pula dilakonkan oleh persatuan-persatuan pembuat kapal untuk watak tiga orang lelaki bijak yang membawa emas dan kemenyan sementara watak ‘myrrh’ pula dilakonkan oleh persatuan tukang emas. Pengelibatan-pengelibatan oleh persatuan tersebut, persembahan cycle play tersebut seringkali menjadi sebuah persembahan komersial.‘cyle play’  biasaanya memberi peluang kepada para pedagang dan tukang-tukang untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam bidang lakonan.Dari segi bantuan kewangan pula, biasanya bantuan kewangan tersebut pula akan diuruskan oleh majlis pembandaran atau ‘town council’ walaupun pihak pihak gereja masih meneruskan untuk mengadakan drama teater yang berkaitan dengan keagamaan.
Kebiasaannya, cycle play selalunya dihasilkan sekali dalam tempoh 2 hingga 10 tahun. Sebuah pementasan yang dipersembahkan di Valenciennes di Perancis pada tahun 1547 berlangsung selama 25 hari manakala persembahan ‘The Act of The Apostles’ pada tahun 1536 di Bourges, Perancis berlangsung selama 40 hari dan pementasan tersebut mempunyai seramai 300 pelakon. Persembahan untuk sesebuah ‘cycle play’ itu selalunya bermula pada awal pagi,selepas itu para pelakon dan semua tenaga produksi akan berehat sekejap untuk pada waktu tengahari dan menyambung kembali pementasan tersebut pada waktu petangnya. Akan tetapi, itu bergantung kepada sesebuah pihak produksi drama tersebut, contohnya, sesuatu pementasan ‘cycle play’ itu boleh berlanjutan untuk 2 hingga 3 hari atau lebih. Kebanyakkan masyarakat tahu akan bilakah persembahan sesebuah teater akan berlangsung di tempat mereka tersebut kerana kebanyakkan daripada masyarakat setempat terlibat dalam pementasan tersebut. Malah, mereka juga akan memberitahu orang-orang lain yang tidak tahu mengenai tarikh sesebuah pementasan tersebut dengan membuat pengumuman beberapa hari sebelum sesuatu pementasan tersebut diadakan. Di England, kebanyakkan pementasan untuk ‘cycle play’ biasanya adalah percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran tetapi untuk  sesetengah produksi ianya dikenakan bayaran.

Pelakon
  Di England, kebanyakkan pelakon yang terlibat dalam sesebuah pementasan ‘cycle play’ terdiri daripada pelakon amatur. Disebabkan sesebuah produksi teater itu menjadi semakin kompleks, para pelakon amatur itu tadi digantikan dengan para pelakon professional. Kebanyakkan pelakon wanita juga turut berlakon dalam pementasan ‘cycle play’ di Perancis tetapi berbeza pula di England. Terdapat banyak kerumitan dan kesulitan untuk menjayakan sesuatu pementasan ‘cycle play’. Antaranya, para pelakon harus berlakon dua atau lebih untuk babak-babak yang berbeza dan itu bukannya sesuatu yang biasa. Malah, terdapat juga kekangan dari segi masa latihan yang terhad contohnya untuk seseorang pelakon masa latihannya kurang daripada lima kali untuk masa latihan. Para pelakon amatur bersetuju untuk berlakon dan bersumpah untuk denda yang akan dikenakan sekiranya latihan mereka tergendala. Semenjak perkhidmatan para pelakon tidak professional ini digunakan mereka akan dipilih dan diminta untuk melakonkan semula watak mereka apabila sesebuah ‘cycle play’ itu dipentaskan semula. Mereka akan melalui satu proses iaitu ‘typecasting’ iaitu satu proses dimana seorang pelakon itu akan dipilih bedasarkan kualiti tertentu untuk melakonkan watak yang sama dengan watak dalam dirinya yang sebenar. Sebagai contoh, kebiasaanya, watak untuk Cain yang telah membunuh adiknya Abel biasannya dilakonkan oleh seorang lelaki yang berbadan tegap manakala watak Virgin Mary biasannya dilakonkan oleh seorang gadis mudaJuga, sekiranya seseorang pelakon itu tidak dapat menghadiri sesi lakonan itu, dia harus mengupah seorang pengganti untuk menggantikan dia buat sementara waktu sehingga dia dapat menghadirkan untuk berlakon nanti.

Kostum   
           Kebiasaannya, pelakon-pelakon yang berlakon untuk pementasan ‘cycle play’ harus menyediakan pakaian atau costume mereka sendiri. Sekiranya mereka memerlukan kostum yang jarang sekali dipakai atau didapati mereka akan dibantu untuk mendapatkan kostum tersebut. Sebagai contoh untuk kostum watak  Tuhan, dia akan memakai kostum seperti seorang Pope manakala untuk para malaikat pula mereka akan menggunakan kostum pakaian gereja dan terdapat sayap untuk melambangkan bahawa mereka itu adalah malaikat. Berbeza dengan ‘mystery play’ pakaian yang digunakan oleh pelakon didalam ‘mystery play’ untuk sementara sahaja. Dalam ‘cycle play’ contohnya, para pelakon ini akan memakai kostum tertentu yang bertepatan dengan watak dalam bible dan ini akan membuatkan para pelakon dapat mengenali watak tersebut seperti watak-watak yang terdapat dalam buku bible.

Pegeant Masters
           Disebabkan oleh ‘cycle play’ merupakan sesuatu pementasan yang begitu rumit, benua-benua termasuk England telah memperkenalkan satu kaedah di mana seseorang akan dilantik dalam menguruskan sesebuah produksi teater. Sebagai contoh, di England terdapat seseorang yang dilantik yang dikenali sebagai ‘pegeant master’. Pegeant master ini seakan-akan pengurus bagi sesebuah produksi ‘cycle play’ itu. Pegeant master ini akan menyelia para pelakon semasa di wagon malah pegeant master ini juga akan menyelia termasuk juga dalam semua persiapan untuk wagon dan juga latihan lakonan yang akan dipersembahkan semasa pementasan itu nanti.
Di benua-benua seperti Perancis, Sepanyol, Belgium, Switzerland dan Austria pada tahun 1500, seorang lelaki telah diupah untuk memperkembangkan lagi sesebuah produksi ‘cycle play’. Seorang lelaki Perancis yang bernama Jean Bouchet telah dilantik sebagai ‘pegeant master’ yang mana tugasnya menjadi seorang pengurus dan pengarah. Tugas-tugas seorang pageant master adalah termasuk mencari orang-orang untuk menguruskan pentas dan tempat duduk para penonton, menyelia bangunan pentas, memilih dan melatih para pelakon, termasuk juga mendisplinkan para pelakon yang melanggar peraturan, melantik orang-orang untuk mengutip duit di hadapan pintu masuk sesebuah persembahan teater dan juga tugas-tugas yang lain.
Segala tugas dan tanggungjawab seorang pengurus atau ‘pegeant master’ sememangnya bukan satu tugas yang mudah dan bukanya boleh dipandang ringan sebegitu sahaja. Seperti yang kita maklum, sesebuah pementasan di sesetengah tempat diuruskan oleh persatuan tertentu. Akan tetapi, biasanya, sesebuah produksi itu diuruskan oleh seorang sahaja yang bertindak sebagai ketua. Dalam konteks pengurusan dan organisasi sesebuah produksi seorang ‘pegeant master’ itu terlibat dalam mengarahkan sesebuah pementasan.

Penerangan mengenai Amphiteater

Hai semua, lama sudah tidak jenguk blog ni, maklumlah sibuk memanjang dengan final projek untuk semester ini. Jadi, hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu artikel mengenai Amphiteater. Mari sama-sama luangkan masa anda semua untuk baca sedikit mengenai apa itu Amphiteater. Ini amat berguna untuk pelajar-pelajar  jurusan Pengurusan Filem dan Teater.



Seperti yang kita baca sebelum ini, elemen penting yang terdapat dalam sesebuah pementasan teater adalah          pentas. Salah satu jenis pentas yang wujud sejak zaman Yunani klasik adalah amphiteater. Amphiteater mempunyai maksud yang tersendiri. Amphi bermaksud lengkungan sisi yang bujur atau bulat manakala theatre bermaksud tempat untuk melihat atau viewing place. Amphiteater merupakan pentas yang tidak mempunyai bumbung dan bersifat terbuka iaitu open space. Amphitheatre pertama yang diperbuat daripada batu. Di Rom, amphitheatre mereka yang sangat terkenal adalah colosseum.
                   Tempat duduk penonton yang terdapat dalam amphitheatre Yunani dikenali sebagai kerkis. Kerkis merupakan tempat duduk untuk para penonton. Para penonton akan duduk di tempat duduk penonton atau viewing place. Sesetengah ahli sejarawan berpendapat bahawa terdapat pembahagian tempat duduk penonton secara specifik untuk penonton perempuan dan penonton lelaki. Untuk tempat duduk hadapan penonton ianya dikenali sebagai proedria. Proedria merupakan satu tempat dimana tempat duduk tersebut hanya dkhaskan untuk golongan ahli politik dan orang agama sahaja.
                  Dalam amphitheatre Yunani terdapat satu laluan jalan kaki yang dikenali sebagai klimakes. Klimakes terletak diantara tempat duduk penonton. Manakala di bahagian depan pula terdapat laluan keluar masuk penonton yang dikenali sebagai Parodos. Parodos merupakan laluan keluar masuk untuk para penonton. Manakala, terdapat satu laluan yang dikenali sebagai diazoma. Diazoma merupakan satu laluan yang memisahkan tempat duduk bahagian bawah dan tempat duduk bahagian atas. Dalam amphitheatre zaman yunani terdapat ruangan pentas bulat yang dinamakan sebagai orkestra. Orkestra zaman Yunani ini merupakan pentas bulatan yang berketinggian kira-kira 66 kaki yang dibuat menggunakan batu. Di tengah-tengah orkestra tadi terdapat altar iaitu tempat untuk permujaan. Ini menunjukkan bahawa terdapat upacara keagamaan dalam sesebuah pementasan drama Yunani. Seperti dalam pementasan drama King Oedipus, Jacosta telah membuat tawaran berkenaan dengan fungsi dan kegunaan altar namun ramai yang tidak setuju pada masa itu kerans altar tersebut terlalu suci untuk dijadikan sebagai kawasan untuk persembahan drama.
               Di belakang orkestra biasanya terdapat bangunan yang dikenali sebagai skene atau scene. Skene merupakan bangunan yang mana terdapat bilik-bilik yang berfungsi sebagai tempat menukar pakaian atau bilik persalinan dan juga dijadikan tempat untuk menyimpan peralatan atau prop lakonan seperti pedang, teombak, perisai dan sebagainya. Selepas tahun 458 BC, bangunan skene telah digunakan sebagai set asas untuk semua pementasan Greek. Di bangunan skene tersebut terdapat proskenion dan logeion. Proskenion juga dipanggil sebagai orkibas. Proskenion bermaksud sesuatu yang didirikan sebelum skene. Proskenion merupakan dinding hadapan di sesebuah pentas, acting area atau tempat berlakon yang terletak di hadapan skene. Dalam teater Greek klasik, bahagian bawah iaitu dihadapan skene telah digunakan sebagai telah dijadikan kawasan untuk berlakon. Semasa zaman Helen, skene yang digunakan merangkumi dua buah tingkat iaitu bahagian bawah yang berbumbung dan bahagian atas yang digunakan untuk pembukaan.

Di bawah ini saya sertakan gambar lakaran Amphiteater.

 

Selamat membaca. :)