Monday, 16 June 2014

Penerangan mengenai Amphiteater

Hai semua, lama sudah tidak jenguk blog ni, maklumlah sibuk memanjang dengan final projek untuk semester ini. Jadi, hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu artikel mengenai Amphiteater. Mari sama-sama luangkan masa anda semua untuk baca sedikit mengenai apa itu Amphiteater. Ini amat berguna untuk pelajar-pelajar  jurusan Pengurusan Filem dan Teater.



Seperti yang kita baca sebelum ini, elemen penting yang terdapat dalam sesebuah pementasan teater adalah          pentas. Salah satu jenis pentas yang wujud sejak zaman Yunani klasik adalah amphiteater. Amphiteater mempunyai maksud yang tersendiri. Amphi bermaksud lengkungan sisi yang bujur atau bulat manakala theatre bermaksud tempat untuk melihat atau viewing place. Amphiteater merupakan pentas yang tidak mempunyai bumbung dan bersifat terbuka iaitu open space. Amphitheatre pertama yang diperbuat daripada batu. Di Rom, amphitheatre mereka yang sangat terkenal adalah colosseum.
                   Tempat duduk penonton yang terdapat dalam amphitheatre Yunani dikenali sebagai kerkis. Kerkis merupakan tempat duduk untuk para penonton. Para penonton akan duduk di tempat duduk penonton atau viewing place. Sesetengah ahli sejarawan berpendapat bahawa terdapat pembahagian tempat duduk penonton secara specifik untuk penonton perempuan dan penonton lelaki. Untuk tempat duduk hadapan penonton ianya dikenali sebagai proedria. Proedria merupakan satu tempat dimana tempat duduk tersebut hanya dkhaskan untuk golongan ahli politik dan orang agama sahaja.
                  Dalam amphitheatre Yunani terdapat satu laluan jalan kaki yang dikenali sebagai klimakes. Klimakes terletak diantara tempat duduk penonton. Manakala di bahagian depan pula terdapat laluan keluar masuk penonton yang dikenali sebagai Parodos. Parodos merupakan laluan keluar masuk untuk para penonton. Manakala, terdapat satu laluan yang dikenali sebagai diazoma. Diazoma merupakan satu laluan yang memisahkan tempat duduk bahagian bawah dan tempat duduk bahagian atas. Dalam amphitheatre zaman yunani terdapat ruangan pentas bulat yang dinamakan sebagai orkestra. Orkestra zaman Yunani ini merupakan pentas bulatan yang berketinggian kira-kira 66 kaki yang dibuat menggunakan batu. Di tengah-tengah orkestra tadi terdapat altar iaitu tempat untuk permujaan. Ini menunjukkan bahawa terdapat upacara keagamaan dalam sesebuah pementasan drama Yunani. Seperti dalam pementasan drama King Oedipus, Jacosta telah membuat tawaran berkenaan dengan fungsi dan kegunaan altar namun ramai yang tidak setuju pada masa itu kerans altar tersebut terlalu suci untuk dijadikan sebagai kawasan untuk persembahan drama.
               Di belakang orkestra biasanya terdapat bangunan yang dikenali sebagai skene atau scene. Skene merupakan bangunan yang mana terdapat bilik-bilik yang berfungsi sebagai tempat menukar pakaian atau bilik persalinan dan juga dijadikan tempat untuk menyimpan peralatan atau prop lakonan seperti pedang, teombak, perisai dan sebagainya. Selepas tahun 458 BC, bangunan skene telah digunakan sebagai set asas untuk semua pementasan Greek. Di bangunan skene tersebut terdapat proskenion dan logeion. Proskenion juga dipanggil sebagai orkibas. Proskenion bermaksud sesuatu yang didirikan sebelum skene. Proskenion merupakan dinding hadapan di sesebuah pentas, acting area atau tempat berlakon yang terletak di hadapan skene. Dalam teater Greek klasik, bahagian bawah iaitu dihadapan skene telah digunakan sebagai telah dijadikan kawasan untuk berlakon. Semasa zaman Helen, skene yang digunakan merangkumi dua buah tingkat iaitu bahagian bawah yang berbumbung dan bahagian atas yang digunakan untuk pembukaan.

Di bawah ini saya sertakan gambar lakaran Amphiteater.

 

Selamat membaca. :)

No comments:

Post a Comment